TAK HADAM ATAU PURA-PURA TAK HADAM

 *SURUH ORANG LAIN HADAM TETAPI SENDIRI TAK HADAM*

Pada minit-minit terakhir kempen PRN16 Sabah kebanyakan grup wasap dipenuhi dengan share, copy and paste hasil tuliasan cybertrooper terlebih dedak yang menjelekkan Warisan. Kata mereka ‘sekadar pendapat dan perkongsian’ dan minta supaya yang membaca hadam perkara berikut:


1)Isu konon warga Selatan Filipina serbu JPN tuntut janji Warisan bagi IC. Tiada bukti Warisan bagi. Lagipula tidak logik warga Selatan Filipina yang tiada dokumen masuk JPN minta IC. Apakah anda hadam? Masuk JPN tiada dokumen sah minta sijil lahir. Apakah JPN (Jabatan Persekutuan) ada bagi sijil tanpa bukti kelahiran? Di mana KDN (Polis dan Imigresen) masa itu? Adakah mereka duduk diam kalau tahu ada warga asing minta IC? 

2)Isu Kebakaran. Mereka kata masa Warisan sana-sini setinggan terbakar tujuannya untuk alasan tiada dokumen dengan harapan mangsa dapat buat IC baru. Ini kata mereka adalah projek IC Warisan. Apakah anda hadam? Siapa punya kuasa buat IC, warisan atau Persekutuan? Tentulah barang besar mereka selamatkan kerana berfikir IC boleh buat lagi tetapi kalau TV yang dibeli dengan keringat itu siapa mau ganti. Lagipula kalau IC terbakar data si pemegang IC tidak turut terbakar. Apakah kalau hilang/terbakar/musnah IC maka semua maklumat tuan punya IC turut terbakar di JPN?  Apakah mereka hadam? Mereka mangsa kebakaran masih ingat nama dan nombor IC mereka. Juga cap jari mereka tidak hilang terbakar di JPN.Sekali lagi mau tanya, apakah mereka hadam? Tetapi mereka kata JPN telah buat data baru! Gila kau, mana dapat idea buat fitnah kepada Kerajaan Perikatan Nasional begini. 

3)Jangan membenci PTI. BETUL! Mau benci mereka buat apa malah anda akan sakit sendiri. Bukan bermakna kalau tak benci setuju dengan PTI. Kalau dah PTI tetap PTI. Tangkap dan hantar pulang berdasarkan undang-undang. Tak perlu pula menafikan nilai kemanusiaan mereka. Kuasa tangkap dan hantar PTI ada di tangan kerajaan sekarang iaitu Perikatan Nasional. Tak perlu tunggu habis PRN16 Sabah dan tak perlu tunggu Warisan kalah atau tak perlu tunggu BN/PN menang di DUN. Sabah punya menteri KDN di persekutuan. Apa lagi, sila desak KDN tangkap dan hantar PTI.  Apakah mereka hadam?

4)PSS - Bertempik sorak mereka macam cacing kepanasan bila melihat  huruf PSS. “Inilah projek kewarganegaraan!” kata mereka. Wahai gaman sila kaji dulu apa itu PSS. Apa bidang kuasa Imigresen. Apa bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara. PSS kelulusan dari persekutuan yang sekarang ini adalah kerajaan Perikatan Nasional. Lagipula PSS SUDAH BATAL. Kalau Warisan mau buatpun masih ada YB JY menteri Sabahan di KDN. Apakah dia akan setuju? Apakah mereka telah hadam perkara ini?

5)Soal bantuan Covid19. Yang selalu ditanya RM300. Lagi kata mereka RM620 juta itu pergi mana? Cuba tanya semua kementerian berkaitan, ada tak duit masuk untuk menangani pendemik Covid19. Ada bertanya kepada individu miskin tegar (ekasih) di sekitar anda? Ada dapat RM300? Anda anda tanya pelajar di universiti, ada dapat bantuan tak? Kalau asyik tanya hanya di wasap dan facebook memang tak boleh dapat. Apakah mereka hadam?

6)Soal tuntutan Filipina. Apakah Filipina tidak menuntut Sabah sebelum Warisan? Apakah Filipina berselindung dan malu-malu menuntut Sabah sebelum Warisan? Shafie Afdal minta persekutuan menangani isu kebanjiran warga asing terutama dari Filipina. Kerajaan Persekutuan diminta supaya berunding dengan Filipina soal keselamatan. Memang mau runding apa soal tuntutan Filipina. Semua orang tahu. Tuntutan itu hanya gimik pilihanraya Filipina oleh parti bertanding menarik sokongan perwakilan dari Selatan Filipina. Itu soal mereka. Tetapi yang tidak hadam tidak akan faham perkara ini atau sengaja tidak mau faham. Bukan tidak masuk akal tetapi akalmu terlalu sempit.

7)Soal ucapan kempen Datu Mohamaddin Ketampi di Laha Datu. Yang meroyan bukan tentera yang masuk berperang itu. Yang meroyan tu adalah hanya pembaca tajuk berita tetapi tidak mendengar seluruh ucapan dan memahami konteksnya. Kalau Mohamaddin salah biar hukum memutuskan atau karma membalasnya. Itu bukan alasan.Kalau isu ini mereka menuntut konon suara dari pemimpin KDM tetapi soal penghinaan kitab agama lain mereka membisu seribu bahasa. 


SETAKAT INI MEREKA NAMPAK TETAPI PURA-PURA TAK NAMPAK. MEREKA SEBENARNYA TIDAK HADAM.

Comments

Popular posts from this blog

Unity: Harapan Sabah

PRN Sabah Ke-16: Dun Paginatan Memilih