PRN Sabah Ke-16: Dun Paginatan Memilih

24/09/2020: 10.50am

Hari terakhir kempen parti-parti di DUN Paginatan. Bendera dan poster telah sampai ke kemuncaknya. Menunggu beberapa jam lagi untuk diturunkan oleh empunya bendera. 







14/09/2020 8.00am:

Perang bendera semakin rancak di sekitar pekan Ranau dan jalan laluan ke Telupid. Kelihatan beberapa poster dan bendera parti-parti yang bertanding merebut kerusi yang berhormat di DUN Paginatan. 







13/09/2020 12.00pm:

Sehari selepas penemaan calon suasana kempen di Dun Paginatan masih kelihatan tenang. Belum ada kelibat bendera dan poster daripada parti-parti yang bertanding. Adapun hanya sedikit dan satu dua poster gergasi. 

Bagaimanapun kempen disertai dengan caci mencaci, serang menyerang dan kutuk mengutuk telah lama bermula di arena media sosial. 

12/09/2020 12.00pm:

Melihat pesanan di aplikasi whatapps senarai calon yang bertanding. Dun Paginatan menjadi perhatian saya kerana saya mengundi di DUN ini. Menyaksikan seramai 9 calon bertanding merebut kerusi DUN Paginatan. Kerusi yang tentunya akan menjadikan sesiapa sahaja pemenangnya mampu senyum. 

Saat ini bermulalah usaha rayu merayu memohon belaskasihan dan simpati rakyat daripada calon-calon untuk gelaran Yang Berhormat.

Comments

Popular posts from this blog

TAK HADAM ATAU PURA-PURA TAK HADAM

Unity: Harapan Sabah