Posts

TAK HADAM ATAU PURA-PURA TAK HADAM

 *SURUH ORANG LAIN HADAM TETAPI SENDIRI TAK HADAM* Pada minit-minit terakhir kempen PRN16 Sabah kebanyakan grup wasap dipenuhi dengan share, copy and paste hasil tuliasan cybertrooper terlebih dedak yang menjelekkan Warisan. Kata mereka ‘sekadar pendapat dan perkongsian’ dan minta supaya yang membaca hadam perkara berikut: 1)Isu konon warga Selatan Filipina serbu JPN tuntut janji Warisan bagi IC. Tiada bukti Warisan bagi. Lagipula tidak logik warga Selatan Filipina yang tiada dokumen masuk JPN minta IC. Apakah anda hadam? Masuk JPN tiada dokumen sah minta sijil lahir. Apakah JPN (Jabatan Persekutuan) ada bagi sijil tanpa bukti kelahiran? Di mana KDN (Polis dan Imigresen) masa itu? Adakah mereka duduk diam kalau tahu ada warga asing minta IC?  2)Isu Kebakaran. Mereka kata masa Warisan sana-sini setinggan terbakar tujuannya untuk alasan tiada dokumen dengan harapan mangsa dapat buat IC baru. Ini kata mereka adalah projek IC Warisan. Apakah anda hadam? Siapa punya kuasa buat IC, ...

PRN Sabah Ke-16: Calon-Calon YB Dun Paginatan

Image
 1) Athur Sen Siong Choo - PBS 2) Datuk Abidin Madingkir - STAR 3) Datuk Henrynus Amin - PKAN 4) Junaidi bin Sahat - UMNO 5) Georgina George - UPKO 6) Binsin bin Dani - Gagasan 7) Leong Sun Min - LDP 8) Amru bin Abdul Kadir - PCS 9) Kamil bin Kasibun - USNO

PRN Sabah Ke-16: Dun Paginatan Memilih

Image
24/09/2020: 10.50am Hari terakhir kempen parti-parti di DUN Paginatan. Bendera dan poster telah sampai ke kemuncaknya. Menunggu beberapa jam lagi untuk diturunkan oleh empunya bendera.  14/09/2020 8.00am: Perang bendera semakin rancak di sekitar pekan Ranau dan jalan laluan ke Telupid. Kelihatan beberapa poster dan bendera parti-parti yang bertanding merebut kerusi yang berhormat di DUN Paginatan.  13/09/2020 12.00pm: Sehari selepas penemaan calon suasana kempen di Dun Paginatan masih kelihatan tenang. Belum ada kelibat bendera dan poster daripada parti-parti yang bertanding. Adapun hanya sedikit dan satu dua poster gergasi.  Bagaimanapun kempen disertai dengan caci mencaci, serang menyerang dan kutuk mengutuk telah lama bermula di arena media sosial.  12/09/2020 12.00pm: Melihat pesanan di aplikasi whatapps senarai calon yang bertanding. Dun Paginatan menjadi perhatian saya kerana saya mengundi di DUN ini. Menyaksikan seramai 9 calon bertanding merebut kerusi DUN Pa...

Unity: Harapan Sabah

 *Harapan Baru Untuk Sabah: In God We Trust, Unite We Must* Penulis amat tertarik kepada motto sebuah parti politik Sabah mencanangkan slogannya ‘Kepada Tuhan kita berserah, kita mesti bersatu padu’. Bagi mereka yang haus akan kedamaian dan perpaduan pasti dapat melihat dan merasai bahawa slogan ini mempunyai nadi hidup dalam diri mereka. Nadi hidup ini memberikan harapan baru khusus kepada rakyat Sabah dan seterusnya kepada seluruh rakyat Malaysia yang dicintai.  Keadaan politik negara masa kini yang tidak putus-putus dengan gelora dan drama politik telah memberi kesan kepada situasi politik di Sabah. Sejak PRU ke-14 pada tahun 2018 rakyat Sabah telah telah melihat pertukaran kerajaan yang mendebarkan, pertama kerana tidak ada satu pun parti yang dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, kedua ialah berlakunya pertukaran kerajaan dalam tempoh tiga sehari. Pada PRU-14 Barisan Nasional telah membentuk kerajaan dengan sokongan sebuah parti kecil iaitu Star yang hanya menan...